Wednesday, November 25, 2009

-mazhab-

salam~

just now me, c'susie and c'yah have borak2 kosong coz there's no customer at that time.. that was our routine when tade ape nk buat, juz lepaking n boraking.. hee~ so macam2la yg kami borak especially bout negara memasing.. c'susie is from indonesia n she's my brother's maid.. and c'yah is from thailand work as a tukang masak ere.. tetibe we talk about mazhab.. and thats make me feel want to talk about mazhab for this entry.. most people didnt rily know about it and juz pandang remeh about that.. ye la, benda ny kite blaja time skolah dulu n da lame berlalu.. saye sbg insan biase pown kadang2 terlupa about that.. so lets REFRESH it back!!

Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.. Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab.. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.. Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.

Bagi Islam Syiah pula, terdapat tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.. Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.

dsebabkn kite semua mengikuti mazhab Syafie, marilah saya terangkan sedikit about mazhab Syafie.. Mazhab Syafii adalah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau yang dikenal dengan sebutan Imam Syafii..

Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm.. Di dalam buku-buku tersebut Imam Syafii menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat cabang).. Asas-asas mazhab yang pokok, ialah berpegang pada al-quran, sunnah, ijmak dan kias..

Setiap mazhab mempunyai perbezaan yg sihat melalui pendapat logik dan idea dalam memahami Islam.. Perkara pokok seperti akidah atau tauhid masih sama dan tidak berubah.. so thats why sometimes ade perbezaan pendapat antara org Islam sendiri.. thats because of mazhab yg diikuti mereka..

hopefully entry x ny dpt memberi sedikit manfaat untuk kite semua.. walaupun xbyk input yg diperoleh, sy harap anda semua dpt mengetahui asas2 yg patot kite semua tahu.. search by urself ok my dear?? later on, i'll update this topic when i've some more input..
till then.........sayonara~
xOxO..

luv,
sasha..


:: gmbr sekadar hiasan.. ;p ::

No comments:

Post a Comment